Monday 29 October 2012

Budak Yang Membina Kincir Angin


Malawi ialah sebuah negara kecil di benua Afrika. Negara ini sering dilanda kemarau.


   Dalam keadaan seperti ini di Malawi hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. William budak lelaki yang berumur 14 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana keluargnya tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Oleh itu dia menghabiskan masanya di perpustakaan di kampungnya. Suatu hari William ternampak sebuah buku dengangambar kincir angin. Dia teruja melihat kincir angin boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik. William pun memulakan impiannya membina sebuah kincir angin. Selepas kisah william membina kincir anginnya sendiri dilaporkan oleh media,dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman nya ke serata dunia.
Pada tahun 2002, William Kamkwamba yang berumur 14 tahun telah membina sebuah kincir angin di belakang rumahnya. Angin yang kuat di situ cukup untuk menjana kuasa elektrik bagi menampung kegunaan asas keliarganya
.



1 comment:

  1. Sangat bijak.William adalah inspirasi kerana kemiskinan tidak menghalang beliau daripada berjaya dan berputus asa.

    ReplyDelete