Tuesday 22 January 2013

HILANGKAN STRESS

  

    Aktiviti renang mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri. Apabila kita rasa tenang dan tidak stress, keadaan jantung akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang seperti sakit jantung.

     Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan sukan yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Posted by Picasa

Monday 7 January 2013

Mana satu yang betul?


Ada orang kata   AIR MASAK, tapi ada juga orang sebut AIR JARANG, 
ada juga yang panggil AIR KOSONG, pernah juga orang panggil AIR TAWAR, atau AIR PUTIH. 

Antara  AIR MASAK, 
             AIR JARANG, 
             AIR KOSONG, 
             AIR TAWAR dan 
             AIR PUTIH mana satu yang paling tepat?

Apa sebutan anda di rumah? Saya panggil air masak!

Thursday 3 January 2013