Wednesday 3 October 2012

Mari Mengulangkaji Untuk Peperiksaan Akhir Tahun.

Litar Elektrik 
1.
Bateri atau sel kering merupakan satu daripada sumber arus elektrik.
2.
Setiap bateri mempunyai dua hujung yang dinamai terminal positif (+)dan negatif (-).
3.
Apabila kedua-dua hujung terminal disambung oleh wayar penyambung  dan dipasangkan mentol seperti rajah di bawah, mentol akan menyala.
 
 
4.
Mentol menyala kerana ada laluan lengkap atau tertutup yang membenarkan arus mengalir. Laluan elektrik ini dinamai litar elektrik.
5.
Litar yang terdapat ruang kosong di sepanjang laluan arus digelar litar terbuka atau tidak lengkap.
6.
Mentol tidak menyala kerana elektrik  tidak boleh melalui udara di antara ruang kosong itu.

Konduktor dan Penebat Elektrik 
1.
Bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamakan konduktor elektrik, manakala bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai penebat elektrik.
2.
Semua logam ialah konduktor elektrik.  Contohnya kuprum dan besi.
3.
Semua bukan logam kecuali karbon ialah penebat elektrik. Contohnya plastik dan kayu.
4.
Sesetengah cecair seperti asid dan alkali boleh membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

No comments:

Post a Comment