Saturday 29 September 2012

Nota Sains Untuk Murid-Murid Tahun 5

Menyiasat Alam Kehidupan : Siratan Makanan 

Siratan Makanan  

1.
Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.
2.
Contoh siratan makanan
Habitat : Sawah padi
   
   
3.
Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan:
 
i.          Pokok padi ---> burung pipit ---> ular --->helang
ii.         Pokok padi ---> tikus ---> ular --->  helang
iii.        Pokok padi -- -> belalang --->  burung pipit --->  ular ---> helang
iv.        Pokok padi --->  tikus --->  helang
v.         Pokok padi --->  tikus ---> ular --->  helang
vi.        Pokok padi --->  belalang ---> ayam ---> ular ---> helang
vii.       Pokok padi ---> belalang ---> ayam ---> helang
 
4.
Kepentingan siratan makanan
 
(i)
Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.
 
(ii)
Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.
 
(iii)
Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah.
Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.
 
(iv)
Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.
 

URUS SAMPAH ANDA DENGAN BETUL


   Isu pengurusan sampah merupakan masalah yang serius di kebanyakan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Sampah sarap yang tidak terurus akan mencemarkan alam sekitar.
   Tahukah anda terdapat banyak bahan yang berguna dalam sampah sarap seperti, plastik, getah, kaca dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut sebenarnya boleh dikitar semula atau diguna semula.
   Penimbusan sampah-sarap di tapak pelupusan akan mengeluarkan bau busuk dan air yang busuk ini akan juga meresap ke dalam tanah dan akan menemarkan air bawah tanah.
   Oleh itu urus sampah anda dengan betul. FIKIR DULU SEBELUM BUANG!

Friday 28 September 2012

Tahukah anda?

   Masa yang terbaik untuk membeli kasut ialah pada waktu petang. Pada masa itu, kaki kita menjadi lebih besar selepas melakukan aktiviti seharian. Jadi saiz kasut yang dibeli pada waktu petang adalah paling sesuai dipakai pada setiap masa. Jadi kalau nak beli kasut, INGAT BELI PADA WAKTU PETANG!

Thursday 27 September 2012

Tahukah adik-adik apa itu "MSG" dan dari mana asal-usul "MSG"?

   Profesor Kikunae Ikeda ialah seorang ahli kimia Jepun. Pada tahun 1908, beliau mendapati lumut laut boleh menjadikan makanan lebih sedap. Selepas beberapa kajian dan pembangunan dilakukan, Profesor Kikunae Ikeda berjaya menemui "MSG".
    Pada permulaannya, Profesor Kikunae Ikeda hanya tahu bagaimana untuk mengekstrakkan bahan MSG daripada lumut laut. Tetapi 100 kilogram lumut laut hanya boleh mendapatkan 2 gram MSG. Kosnya adalah terlalu tinggi dan tidak ekonomi.
   Selepas beberapa penyelidikan, Profesor Kikunae Ikeda mendapat bahawa dia boleh mengekstrak bahan MSG daripada kacang soya dan gandum, dan kosnya lebih rendah. Dia pun memulakan penghasilan MSG secara besar-besaran.
   MSG akan membuatkan seseorang dahaga jika makan dengan banyak kerana ia mengandungi sodium. Makan terlalu banyak MSG adalah tidak digalakkan untuk pembesaran kanak-kanak dan remaja. Oleh itu ingat KURANGKAN MENGAMBILAN MSG!




Add caption