Tuesday 9 October 2012

Bayang-Bayang


1.    Salah satu sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus.
2.    Sifat cahaya yang bergerak lurus menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar cahaya dihalang oleh objek yang legap.
3.    Bayang-bayang terbentuk pada kawasan yang bertentang dengan sumber cahaya.
4.    Bahan yang lutsinar dan lutcahaya tidak mempunyai bayang-bayang kerana bahan-bahan ini membenarkan sinar cahaya melaluinya.
5.    Dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang yang terbentuk ialah: 
i.   Jarak objek daripada skrin

ii.  Jarak sumber cahaya daripada skrin.





Bayang-bayang kelihatan kecil apabila jarak objek berada dekat dengan skrin





Bayang-bayang kelihatan besar apabila jarak objek dengan skrin bertambah

No comments:

Post a Comment