Monday 29 October 2012

Budak Yang Membina Kincir Angin


Malawi ialah sebuah negara kecil di benua Afrika. Negara ini sering dilanda kemarau.


   Dalam keadaan seperti ini di Malawi hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. William budak lelaki yang berumur 14 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana keluargnya tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Oleh itu dia menghabiskan masanya di perpustakaan di kampungnya. Suatu hari William ternampak sebuah buku dengangambar kincir angin. Dia teruja melihat kincir angin boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik. William pun memulakan impiannya membina sebuah kincir angin. Selepas kisah william membina kincir anginnya sendiri dilaporkan oleh media,dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman nya ke serata dunia.
Pada tahun 2002, William Kamkwamba yang berumur 14 tahun telah membina sebuah kincir angin di belakang rumahnya. Angin yang kuat di situ cukup untuk menjana kuasa elektrik bagi menampung kegunaan asas keliarganya
.



KITAR SEMULA


FAKTA SAINS




1. Luluh hawa merupakan satu perubahan morfologi permukaan bumi secara luaran dan statik.

2.Batu ialah pengalir haba yang lemah. Perubahan cuaca akan menyebabkan pemanasan yngtidak rata dipermukaan dan bahagia dalam batu. Proses pengembangan dan pengecutan yang berterusan akan mengakibatkan batu pecah.


3. Luluh hawa fizik biasanya berlaku di dalam perekitaran yang kering manakala luluh hawa kimia berlaku di dalam persekitaran yang lembap.


4.Hidupan yang telah mati akan mengurai dan membentuk sejenis  bahan gelatin yang dikenali sebagai humus.Humus ialah sejenis asid organik yang akan menghakiskan batu.


5. Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu, batu-bata atau konkrit turut akan dipengaruhi oleh media yang sama seperti batu lain mengalami proses luluh hawa yang muncul di alam sekitar.