Tuesday, 22 January 2013

HILANGKAN STRESS

  

    Aktiviti renang mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri. Apabila kita rasa tenang dan tidak stress, keadaan jantung akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang seperti sakit jantung.

     Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan sukan yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment