Thursday 27 September 2012

Tahukah adik-adik apa itu "MSG" dan dari mana asal-usul "MSG"?

   Profesor Kikunae Ikeda ialah seorang ahli kimia Jepun. Pada tahun 1908, beliau mendapati lumut laut boleh menjadikan makanan lebih sedap. Selepas beberapa kajian dan pembangunan dilakukan, Profesor Kikunae Ikeda berjaya menemui "MSG".
    Pada permulaannya, Profesor Kikunae Ikeda hanya tahu bagaimana untuk mengekstrakkan bahan MSG daripada lumut laut. Tetapi 100 kilogram lumut laut hanya boleh mendapatkan 2 gram MSG. Kosnya adalah terlalu tinggi dan tidak ekonomi.
   Selepas beberapa penyelidikan, Profesor Kikunae Ikeda mendapat bahawa dia boleh mengekstrak bahan MSG daripada kacang soya dan gandum, dan kosnya lebih rendah. Dia pun memulakan penghasilan MSG secara besar-besaran.
   MSG akan membuatkan seseorang dahaga jika makan dengan banyak kerana ia mengandungi sodium. Makan terlalu banyak MSG adalah tidak digalakkan untuk pembesaran kanak-kanak dan remaja. Oleh itu ingat KURANGKAN MENGAMBILAN MSG!




Add caption

2 comments:

  1. Kalau boleh jangan makan terus MSG. Zaman skrg, ramai yang kena penyakit disebabkan makanan dan antara puncanya adalah pengambilan msg secara berlebihan. Tetapi....masalahnya, kat kedai hampir semua menggunakan msg. Precaution yang boleh diambil hanya bila kita memasak sendiri di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah Puan Aida, kesimpulanya rajin-rajinlah masak sendiri dirumah.

      Delete