BAHAN PEMBELAJARAN




MIKROORGANISMA

Mikroorganisma

1.
Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mikroorganisma hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop.
2.
Terdapat 5 jenis mikroorganisma  iaitu:
 
(a)
bakteria.
 
(b)
virus.
 
(c)
protozoa.
 
(d)
kulat.
 
(e)
alga.
3.
Habitat (tempat tinggal) mikroorganisma ialah dalam air, tanah, udara dan organisma hidup yang lain


 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pembentukan Bayang-bayang  
1. Salah satu sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus.
2. Sifat cahaya yang bergerak lurus menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar cahaya dihalang oleh objek yang legap.
3. Bayang-bayang terbentuk pada kawasan yang bertentang dengan sumber cahaya.
4. Bahan yang lutsinar dan lutcahaya tidak mempunyai bayang-bayang kerana bahan-bahan ini membenarkan sinar cahaya melaluinya.
5. Dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang yang terbentuk ialah: 
i. Jarak objek daripada skrin
ii.Jarak sumber cahaya daripada skrin.

No comments:

Post a Comment